Sabtu, 19 Disember 2009

KEPENTINGAN SOLAT

Manusia masih belum menyedari mengapa mereka dijadikan . Bahkan umat Islam sendiri masih terpinga-pinga tentang persoalan tersebut.Sedangkan Allah Taala telah berfirman:
maksudnya: Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.
ad-Dzariyaat:56
Solat adalah ibadah yang telah difardhukan pada malam mikraj rasulullah SAW ke langit, kira-kira 5 tahun sebelum hijrah baginda ke Madinah mengikut pendapat paling masyhur di kalangan ahli sejarah. Lambang betapa pentingnya pengertian solat ini kepada umat Islam. Sudah tentu bagi mereka yang menuneikannya akan mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah, dan bagi mereka yang meninggalkannya diberi balasan azab seksa yang pedih yang tidak terbayang oleh fikiran manusia.
Menyentuh mengenai persoalan umat Islam masa kini, ramai di kalangan kita yang meringan-ringankan solat fardhu bahkan ramai pula yang meninggalkan terus kewajipan tersebut. Maka benarlah seperti sabda Rasulullah SAW yang menyatakan umat Islam pada akhir zaman hanyalah pada namanya sahaja. Sekiranya nama mereka tidak bercirikan Islam sudah tentu kita tidak dapat membezakan antara muslim dan kafir. Tetapi itulah dia fahaman hari ini.
Bagi yang sedar , mereka perlu mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi agar tidak berlaku penyesalan di hari kemudian. Di sana terdapat beberapa uslub yang telah digariskan oleh ulama’ untuk memberi kesedaran kepada mereka yang melalaikan solat, antaranya: “ÇáÏÚæÉ ÈÇÞÏæÉ” . Yang dimaksudkan ialah para da’ie menunjukkan sifat-sifat mahmudah ketika bergaul dengan mereka, dan menunjukkan contoh tauladan yang baik agar diikuti. Tidak hanya menyuruh dan mengarah sedangkan dia sendiri tidak melakukannya. Pendakwah yang baik ialah yang dapat mencuit hati mad’u hingga tertarik dengan akhlaq dan peribadi lantas menjadikan da’ie itu sebagai teladan.
Antara cara-cara dakwah yang baik untuk mereka yang lalai menunaikan solat ialah:
1. Mengajak mereka menunaikan solat dengan cara yang baik ketika masuk waktu.Disamping itu kita sendiri solat bersamanya.
2. Kita sendiri tidak lalai dari mengerjakan solat. Dan sebagai seorang ketua contohnya,haruslah menjadi contoh teladan kepada orang bawahan lebih-lebih lagi tentang solat.
3. Selalu bergaul dengan mereka, dan selalu memfokuskan tentang solat berjemaah , kewajipan solat dan hikmahnya.
4. Menghadiahkan buku-buku agama yang berkaitan dengan ibaadat dan dakwah, serta majalah yang menuju ke arah itu . Mungkin tidak keterlaluan majalah humor yang bercirikan dakwah dijadikan pendahuluan seperti ujang dan lanun. Disamping hadiah-hadiah yang lain seperti sejadah, tasbih, kofiah, jubah dan sebagainya.
5. Membuat tazkirah ringkas sebelum bermula waktu pejabat, mengcakupi hal ehwal dunia dan akhirat. Tetapi tidaklah secara menekan ( extreme ).
6. Mengedarkan risalah-risalah ringkas kepada mereka, atau menampal poster berkenaan dengan ganjaran orang yang menunaikan solat dan balasan orang yang meninggalkannya..
7. Bagi mereka yang sudah hampir ada kesedaran, selalulah mengajak mereka ke seminar-seminar Islam, usrah dan ziarah serta kuliah-kuliah agama.
8. Hampiri keluarga mad’u anda.Kenali mereka dan latar belakang hidup mereka. Mungkin mereka langsung tidak pernah didedahkan dengan kewajipan menunaikan perintah Allah SWT.
9. Bagi da’ie, persiapkan diri agar menjadi contoh ikutan.Bekalkan dada dengan ilmu yang mencukupi.Tabahkan hati dengan kesedaran dan jangan berputus asa kerana ia bukan akhlaq sebagai seorang Muslim.Gunakan cara yang yang paling hikmah dan sebaik mungkin. Kerana kerana yang diperjuangkan itu walau sebenar mana sekalipun tetapi jika menggunakan jalan yang salah, akan dipandang salah.
At-Targhib Qabl At-Tarhib ( dorongan sebelum amaran )
At-Targhib ialah memberi khabar gembira hingga melahirkan keghairahan kepada mad’u untuk melakukannya, serta melahirkan keyakinan terhadap kebenaran yang didengarinya.
Di antara perkara At-Targhib ialah:
1) Menyebut nas-nas Al-Quran dan hadis tentang solat, seperti:
i-Firman Allah Taala:
maksudnya:beroleh kejayaanlah orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang khusu’ dalam solatnya.
(al-Mukminun:1-2)
ii-Firman Allah Taala:
maksudnya:dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat,kerana amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu , nanti kamu dapati ganjarannya di sisi Allah.
(Al-Baqarah:110)
iii-Firman Allah Taala:
maksudnya:sesungguhnya manusia itu bersifat kedekut dan kikir,mengeluh apabila kesusahan menimpanya,dan kikir apabila mendapat keuntungan,kecuali mereka yang menunaikan solat.
( Al-Ma’aarij:19-23)
iv-Sabda Rasulullah SAW:
maksudnya:apakah kamu semua melihat apabila terdapat sungai di hadapan rumah seseorang, lalu dia mandi 5 kali sehari di dalamnya, adakah masih tinggal lagi sebarang kekotoran? Maka jawab sahabat: tidak tinggal sebarang kekotoran pun. Lalu sabda Rasulullah saw:Begitulah juga solat 5 waktu, mencuci darinya dosa-dosa dan kekotoran.
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasa’I dari Abu Hurairah; dan riwayat Ibn. Majah dari thman bin Affan.
v-Sabda Rasulullah SAW:
maksudnya:Solat yang lima, dan dari solat jumaat ke jumaat yang akan datang, merupakan penghapus dosa (kaffarah) di antara solat-solat itu selagi tidak melakukan dosa-dosa besar.
-Hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan Nasa’i.
vi-Dari Abdullah bin Amr secara marfu’:
maksudnya: seorang hamba itu apabila solat, datang bersamanya dosa-dosa di atas kepalanya atau bahunya. Maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, gugurlah dosa-dosa itu daripadanya.
- Riwayat Ibn. Habban di dalam Sohehnya.
2) Menyebut Hikmah-hikmah akan kewajipan solat dari semua sudut sama ada agama, masyarakat, kesihatan dan individu itu sendiri.
i-Faedah kepada agama:
Merupakan lambang kekuatan umat Islam. Melahirkan pandangan dan kesedaran kepada Musyrikin betapa berhaknya Allah swt untuk disembah, dan tiada yang lain selainnya yang berhak disembah.Bahkan siapa lagi yang akan menyembah Allah swt dari kalangan umat manusia sekiranya umat Islam sendiri enggan menyembahnya? Sedangkan Rasulullah saw telah berdoa dengan penuh kekhusyukan dan pengharapan kepada Allah swt di hari perang Badar:
“ Ya Allah! Jika hari i ni engkau hancurkan umat yang menyembahmu, nescaya tiada lagi manusia yang menyembahmu selepas hari ini”.
-Ar-Rahiiq Al-Makhtum , Al Mubarakfuri:m/s: 216.
ii- Faedah kepada masyarakat:
Merupakan ikrar beramai-ramai terhadap akidah Islamiah, serta memperkuatkan keyakinan di dalam diri setiap individu muslim. Di samping menguatkan ikatan persaudaraan dan persefahaman sesama umatserta kesedaran akan betapa pentingnya hidup berjamaah. Solat berjemaah juga memupuk sifat bertolak ansur dan kesaksamaan tanpa mengira bangsa dan keturunan, miskin mahupun kaya. Kerana di sisi Allah swt manusia itu sama sahaja melainkan taqwa.
iii-Faedah kepada individu muslim:
Solat merupakan lambang kehambaan yang sebenar. Di dalam masa yang sama melatih muslim ke arah hidup yang bernizam( berdisiplin) dan iltizam dengannya. Begitu juga solat merupakan madrasah khuluqiyah ( sekolah pembinaan akhlaq )yang mendidik muslim bersifat amanah dan benar juga menegah dari berbuat kemungkaran.
Firman Allah swt:
Maksudnya: dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu menegah dari perbuatan keji dan mungkar.
( Al- Angkabut:45)
iv-Faedah kepada kesihatan:
Ulama mutakhirin termasuk pakar-pakar perubatan telah menemui pelbagai rahsia daripada solat.Di apengkajian mereka ialah:
a) Waktu yang paling dapat meredakan tekanan (release stress) ialah ketika sujud.
b) Gerakan di dalam solat mempercepatkan penghadaman makanan serta melancarkan perjalanan darah.
c) Kajian saraf oleh seorang pakar neurologi di Amerika Syarikat telah mendapati terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak di masuki darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara lebih normal. Setelah membuat kajian yang agak lama, barulah beliau menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf ersebut melainkan ketika sujud sahaja.Urat saraf tersebut memerlukan darah pada sukatan yang tertentu sahaja.Ketika sujud waktu solat merupakan jangka masa terbaik untuk darah memasuki urat tersebut.
Dan banyak lagi hikmat solat yang tidak tersingkap oleh kita sebagai makhluq, sedangkan apa yang kita ketahui darinya sudah terlalu cukup untuk menjadi hujjah akan betapa banyak kebaikan segala suruhan Allah swt terhadap makhluqnya.
Maka benarlah firman Allah:
Maksudnya: maka tidak diberi pengetahuan kepada kamu ( wahai manusia ) melainkan sedikit.
( Al-Isra’:85)
At-Tarhib ( amaran)
Selepas mad’u mengetahui kesalahan dan hikmat solat, barulah sesuai bagi seseorang da’ie manyampaikan amaran dari Allah swt terhadap mereka yang melalaikan solat.
Terlalu banyak nas Al-Quran dan Al-Hadis yang menyentuh persoaln ini.Bahkan di sana terdapat beberapa pendapat ulama’ berkenaan dengan hukum mereka yang meninggalkan solat.
Secara sepintas lalu ingin dinyatakan disini beberapa pendapat ulama’ beserta hujah mereka tentang hukum meninggalkan solat.
Ulama telah bersepakat ( ijma’ ) bahawa sesiapa yang mengingkari akan kewajipan solat ke atas muslim adalah KAFIR.Kerana adanya dalil yang qat’ie dari Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ tentang kewajipannya.
Adapun mereka yang sengaja meninggalkan solat kerana malas atau berniat mengingkari perintah Allah Taala, maka hukuman bagi mereka terbahagi kepada dua: dunia dan akhirat.
Pertama: Hukuman di Akhirat.
Terdapat di sana beberapa nas syara’ di antaranya:
i)Firman Allah Taala:
maksudnya:Apakah yang membawa kamu masuk ke neraka?mereka menjawab: kami tiada termasuk dari golongan orang-orang yang mengerjakan solat.
ii)Firman Allah swt:
maksudnya:Neraka Wail (celakalah) bagi mereka yang solat, iaitu mereka yang lalai dari mengerjakan solat (melengah-lengahkannya)
(Al-Maa’un:4-5).
iii)Firman Allah taala:
maksudnya:Kemudian mereka digantikan oleh satu angkatan, yang meninggalkan solat dan menurut keinginan nafsu, sebab itu mereka menemui kehinaan.
(Al-Maryam: 59)
iv)Sabda Rasulullah saw:
maksudnya: Dari Jabir bin Abdullah r.a: ?ý “Beza antara seorang seorang Islam dan seorang kafir itu ialah meninggalkan solat”
diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i , Ibn. Majah, dan Ahmad.
v)Dari Buraidah r.a , aku mendengar Rasulullah saw bersabda:”perjanjian di antara aku dengan orang yang beriman ialah solat, sesiapa yang meninggalkannya adalah kafir.
vi)Dari Usadah bin As-Samit r.a berkata: Rasulullah saw telah berwasiat kepadaku dengan 7 perkara:”Jangan kamu sekutukan Allah dengan sesuatu, walaupun kamu dipotong, atau dibakar ataupun disalib.Dan jangan kamu tinggalkan solat dengan sengaja,maka sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja telah keluar dia dari agamaDan janganlah berbuat maksiat, kerana ia dimurkai Allah, dan janganlah minum arak kerana ia ibu segala dosa”.
- Riwayat At-Thabrani dan Muhammad bin Nasir di dalam kitab solat dengan 2 sanad yang diterima(maqbul).
vii)Dari Anas bin Malik r.a berkata:Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, sesungguhnya dia telah kafir dengan nyata”
viii)Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a tentang hadis Isra’ dan Mi’raj beliau berkata: “ Kemudian baginda baginda melalui satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar,setiap kali dipecahkan ia bercantum kembali seperti sediakala. Kemudian Rasulullah SAW bertanya:”Ya Jibril! Siapakah mereka??”, maka jawab Jibril: “Mereka ialah yang memberatkan kepala mereka dengan sembahyang fardhu.”

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. ilmu yg sgt bermanfaat. mohon share ye..syukran

    BalasPadam