Rabu, 24 Jun 2009

gambar tuan guru

logo pondok

sejarah penubuhan pondok

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ana bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan tubuh badan dan akal yang sihat kepada ana untuk menulis di dalam ruangan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa sinar Islam dan Iman kepada umat Islam dari belenggu kegelapan kepada cahaya kebenaran.
Pertama sekali ana ingin mengucapkan ahlan wa sahlan kepada sesiapa yang melayari blog ini. Jazakallahu khairan kathira ana ucapkan kerana sudi melayari blog ini.
Tujuan ana menulis di dalam blog yang diberi nama Pondok Ustaz Awang ini adalah untuk memperkenalkan dunia pondok tradisional khususnya pondok Ustaz Awang Lanai kepada masyarakat umum yang melayari dunia siber dan juga kupasan-kupasan dalam permasalahan agama yang membelenggu masyarakat kita sekarang. Nama pondok “Ustaz Awang” diambil sempena nama Tuan Guru Haji Abdul Wahab yang mengasaskan pondok ini. “Ustaz Awang” ialah nama panggilan kepada ayahanda Tuan Guru.
Sebelum ana mengulas lebih lanjut tentang pondok ini, ana ingin memohon beribu kemaafan sekiranya dalam penulisan yang akan ana hadirkan pada masa-masa akan datang ada kesalahan bahasa atau tata cara letak kalimah yang ditulis, almaklumlah ana ini bukan seorang yang pandai dalam bidang penulisan ini.
Ana juga berharap kepada sahabat-sahabat yang melayari blog ini dapat memberi masukan baru, kritik ataupun saranan-saranan yang membina bagi memperkasakan lagi penulisan blog ini.
Sejarah pondok ini ana mulakan dengan latar belakang pendidikan Tuan Guru Hj. Abd. Wahab dahulu, kerana tidak mungkinlah kita membelakangkan pengasas kepada pondok ini. Dan juga dapat kita semua dapat melihat bagaimana sosok seorang “Tok Guru” yang serba sederhana ini.
Beliau dilahirkan pada bulan 26 Julai 1938 Masihi bersamaan 28 Jamadil Awal 1357 Hijriah, di kampong Tupai, dalam daerah Sik, Kedah. Bapa beliau bernama Haji Hassan Bin Saman, manakala ibunya bernama Hajjah Siti Halimah Binti Mat Thoha, berasal dari selatan Thailand yakni dalam daerah Yala. Selepas tidak berapa lama menetap di kampung Tupai, mereka berpindah ke kampong Bukit Endoi. Anak keenam dari sembilan adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai ( pada masa itu hanyalah berbumbungkan atap) sehinggalah beliau tamat sekolah rendah. Kemudian beliau menyambung pengajian beliau di pondok Batu 8 yaitu pondok Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Yaakob, selama 2 Tahun. Selepas itu beliau berkelana ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk menuntut ilmu disana. Beliau belajar di pondok Bunut Payung yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Thohir, selama 1 tahun. Kemudian beliau kembali semula menuntut ilmu di sebelah utara yaitu di pondok Penanti, Tuan Guru yang mengajar beliau pada ketika itu ialah Tuan Guru Haji Mutholib Bin Haji Puteh ( menantu kepada Tuan Guru Haji Syaikh Osman Jalaluddin), selama 2 tahun 8 bulan. Setelah itu beliau kembali ke kampong halaman untuk berguru kepada ayahanda Tuan Guru Haji Omar Zuhdi.
Beliau menuntut ilmu dari “pakteh Tok Guru” ( panggilan mesra masyarakat kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi) dari tahun 1959 hinggalah dekat dengan kembalinya Tuan Guru Omar Zuhdi kembali ke Rahmatullah, tahun 1993 ( seingat ana ).Kira-kira 34 tahun beliau menuntut ilmu dari Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Sampailah hubungan guru dengan murid itu seperti ayah dan anak, kerana lamanya tempoh yang beliau gunakan dalam menimba ilmu dari Tuan Guru Omar Zuhdi. Diantara sahabat seperguruan beliau dengan “ Pakteh Tok Guru” yang terkenal di negeri Kedah adalah Tuan Guru Haji Bakar Bin Ibrahim ( Ustaz Bakar Bongor ), Ustaz Taib Azzamuddin ( Bekas Imam Masjid Negara ) dan banyak lagi.
Beliau bertemu jodoh pada tahun 1959 dengan gadis pilihan hatinya yaitu Hajjah Siti Mariam Binti Mat Daud. Mereka dikurniakan sepuluh orang cahaya mata, yang terdiri dari Siti Fauziah, Siti Sofor, Siti Fadhillah, Mohd Sayuthi, Nasibah, Hamdan Dhiauddin, Fadhuli, Mohd Azra’ie, Mardhiah dan juga terakhir Othman. Pada tahun 1995 beliau bertemu jodoh untuk kali kedua dengan Hajjah Norlia, tetapi tidak dikurniakan anak.
Disamping beliau mengajar di surau pondok, beliau juga banyak mengajar di masjid-masjid yang terdapat di dalam daerah Baling, Sik, daerah-daerah lain yang terdapat di negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak . Beliau juga sebagai Pengerusi Qariah bagi Kampung Parit Panjang dan juga imam Qariah. Sumbangan dan urgensi yang beliau curahkan khasnya kepada masyarakat Kampung Parit Panjang dan juga kepada masyarakat Baling umumnya amatlah besar. Beliau juga yang telah menubuhkan Ma’had Tahfiz al-Quran ( ABADA ) bersama mudir Tahfiz itu sendiri yaitu Ustaz Haji Alias Nasri Bin Haji Mahmud beserta ahli jawatankuasa Masjid Qariah Parit Panjang.
Pondok Ustaz Awang Lanai di asaskan pada tahun 17 Ogos 1988 masihi bersamaan 4 Muharram 1409 hijriah dengan nama Madrasah Tahzib an-Nufus ( hampir 21 tahun ). Moto ataupun prinsip asas pondok ini adalah, “Hidup Mestilah berlandaskan Islam”. Sesuai dengan namanya “ Madrasah Tahzib an-Nufus” yang berarti “sekolah yang mendidik jiwa-jiwa”. Pondok ini, pada permulaannya hanyalah sebagai pondok tampungan pelajar dari pondok Lanai ( Madrasah Misbah al-Falah ) yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, murid kepada Tuan Guru Haji Syaikh Osman Jalaluddin pondok Penanti, Tuan Guru Haji Yahaya Thaha ( Pondok Pisang ) sekarang dinamakan dengan Yayasan al-Khariah, Kupang. Beliau juga pernah menuntut di Makkatul Mukarramah. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi adalah “Tok Guru” kepada Tuan Guru Haji Abdul Wahab.
Atas saranan beliaulah yang menyebabkan terbinanya pondok “Ustaz Awang” ini. Dibina di atas tanah persendirian, bersebelahan jalan besar menuju ke pekan Baling ( kira-kira 24 KM dari Pekan Baling ), dengan murid seramai 50 orang sahaja kerana ruang penempatan pondok tidak cukup pada ketika itu. Pondok ini juga juga menyediakan pondok bagi bagi yang sudah berumah tangga bagi yang berminat menuntut ilmu, kerana seperti sabda Rasululullah s.a.w : طلب العلم من المهد إلى الهد ”” , yang bermaksud “ tuntutlah ilmu sejak dari alam rahim ibu kamu, sehinggalah kamu menuju ke liang lahad”. Merujuk kepada hadis tersebut maka pihak pentadbiran pondok ini menyediakan tempat khusus bagi pasangan yang telah berkahwin yang masih ingin menuntut ilmu agama tinggal di pondok ini.
Kitab-kitab yang di ajarkan sendiri oleh ayahanda Tuan Guru Haji Abdul Wahab di pondok ini adalah : 1. Usuluddin ( Matan Jahrah, Asasul I’tiqad, dan banyak lagi ), 2. Feqah ( Mathlai’l badrain, Iqna, Kanzul Minaan, Fatul Wahab ), 3. Tasawwuf ( Penawar Bagi Hati, Minhajul A’bidin, Hikam, Hikam Kubra, Ihya U’lumuddin, al-Wali), 4. Tafsir ( Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Abbas, Tafsir Nasafi ), 5. Hadis ( Riyadhus Solihin, Irsyadul ‘Ibad, Dalilul Falihin, ’I’anatut Tholibin ), 6. Nahwu ( Matan al-Jurmiyyah, Matan al-Fiyah, Kawakib ad-Dhurriyyah,, Qatrunnada, Kitabul Azhari, Yasin al-Fakihi, Muktassar), 7. Sorof ( Matan Bina’ ), serta banyak lagi kitab-kitab lain yang masih di ajarkan sampailah pada hari ini.
Untuk pengetahuan para pengunjung blog ini, pusat pengajian tradisional ini masih berdiri kukuh seiring dengan perubahan zaman. Tuan Guru di bantu dengan anaknya yang keenam yaitu Ustaz Hamdan Dhiauddin, terus mencurahkan ilmu agama untuk pelajar-pelajar pondok dan juga masyarakat sekitar. Juga yang turut membantu beliau mengajar sekarang adalah menantu beliau, Ustaz Husni Bin Saad serta dua orang Ustaz yaitu Ustaz Fadzli yang berasal dari Grik, Perak dan juga Ustaz Ismail yang berasal dari Patani. Pihak pentadbiran pondok ini tidak mengambil sebarang bayaran pengajian kecuali bayaran untuk tempat tinggal ( pondok ) sahaja yang perlu di bayar, bayaran tersebut hanyalah RM 200 untuk seumur hidup. Sumber kewangan ( dana utama ) pondok ini hanyalah dari hasil derma ataupun sumbangan dari masyarakat.
Diantara program tambahan selain dari penghayatan dan pembelajaran ilmu agama, masih banyak program lain yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran pondok ini seperti; majlis sambutan Maulidur Rasul s.a.w, sambutan Maal Hijrah, majlis sambutan hari Raya Korban, sambutan Hari ‘Asyura, majlis bacaan tahlil dan juga tilawah al-Quran pada bulan Ramadhan dan juga acara ceramah yang bersangkutan dengan hari ataupun peristiwa penting dalam Islam. Untuk majlis bacaan tahlil dan tilawah al-Quran pada bulan Ramadhan pihak pentadbiran pondok ini ada membuat pakej upah membaca tahlil dan tilawah al-Quran untuk disedekahkan kepada ibu dan bapa, saudara mara, ataupun sahabat handai yang telah meninggal dunia. Dengan pakej ini juga sesiapa yang berminat secara tidak langsung telah membantu pihak pentadbiran pondok untuk melengkapkan lagi sumber kewangan pondok dalam menambah baik surau dan juga bagi menganjurkan program-program dengan lebih baik pada masa akan datang. Derma dan juga sumbangan ikhlas juga amat di alu-alukan untuk membina asrama dua tingkat bagi menampung pelajar yang semakin bertambah. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Ustaz Hamdan Dhiauddin di nombor 019-4080444/ 04-4767350.
Itulah sedikit sebanyak yang ana dapat nukilkan pada penulisan ana pada kali pertama ini. Ana berharap kepada sesiapa yang dahagakan ilmu agama serta bersungguh-sungguh ingin menimba ilnu agama dengan lebih mendalam silalah datang dan belajar di pondok ini. Kerana di Kedah ( khususnya di kawasan Baling ) hanya di Qariah Parit Panjanglah yang masih lagi wujud pondok-pondok tradisional yang sudah puluhan tahun bertahan. Pondok ini insya Allah tetap akan bertahan seandainya masih adalagi di kalangan masyarakat kita yang sudi menimba dan menuntut ilmu di sini.
Akhir kalam, ana ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi melayari blog “pondokustazawang” ini. Segala kritikan dan saranan-saranan amat ana hargai supaya dapat memperkemaskan penulisan di dalam blog ini.
Terima kasih.Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

( MEMBANGUN ISLAM YANG SYUMUL BERMULA DARI HATI YANG IKHLAS DALAM MENUNTUT ILMU SERTA BERAMAL DENGANNYA )
“TAKKAN PONDOK HILANG DI DUNIA”

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Grateful ana to Allah s.w.t because of gift my body and mind which healty to ana to write in this column. Tour and greet to for hold highing us of Prophet of Muhammad s.a.w brought the Islam ray and believe to Islam people from darkness shackle to truth light.
First once ana wish to say the ahlan wa sahlan to who’s navigate this blog. Jazakallahu Khairan kathira ana say for all because have the honour to navigate this blog.
Target ana write in blog called [by] this Maisonette Ustaz Awang is to introduce the traditional maisonette world specially maisonette of Ustaz Awang Lanai to public society navigating siber world as well as exposition in religion problems handcuffing our society now. Maisonette name “ Ustaz Awang” taken [by] blessing the name Tuan Guru Haji Abdul Wahab which this maisonette ground. “ Ustaz Awang” [is] nickname a "Tok Guru".
Before comment furthermore about this maisonette, ana wish to request the to have forgiveness mother estimate in writing to ana attend [at] a period of/to will come there [is] mistake of Ianguage or writed situation word procedures, this to be understanding of a situation ana non a clever in the field of this writing.
Ana also hope to friend’s navigating this blog can give the new input, criticize and or suggestion constructing for strong and heroic again for this writing blog.
For this Maisonette history [is] ana startly with the education background the Tuan Guru Haji Abdul Wahab previous, kerana [do] not possible we are behind pengasas to this maisonette. As well as earning all of us can see how buttonhole [of] a "Tok Guru" this all modestly.
He's borne [at] month 26 July 1938 Masihi at the same time 28 Jamadil Awwal 1357 Hijriah, [in] kampong Tupai, in area Sik, Kedah. So called he's father [of] Haji Hassan Bin Saman, so called which person he's mom [of] Hajjah Siti Halimah Binti Mat Thoha, coming from south Thailand namely in area Yala. As free as [do] not how long remain to [in] kampong Tupai, they make a move to kampong of Bukit Endoi. Sixth Child from nine sister/brother have this sister/brother [to] get the education [of] early at school Lower The Malay of Kampong Tupai ( during the period only have roof [to] roof) so that low he's school finish. Later;Then he's joint learning [in] maisonette Batu 8 that is maisonette the Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Yaakob, during 2 Year. As free as that he's roam to country of Cik Siti Wan Kembang to claim the science there. He's learn [in] maisonette of Bunut Payung which to foundation by Tuan Guru Haji Abdullah Thohir, during 1 year. Later;Then he's return from the beginning claim science [in] northside that is [in] maisonette Penanti, he's teach by the Tuan Guru Haji Mutholib Bin Haji Puteh ( daugter;son in law to the Tuan Guru Haji Syaikh Osman Jalaluddin), during 2 year 8 month;moon. Afterwards he's return to kampong page;yard to learn to the Tuan Guru Haji Omar Zuhdi.
He's claim the science from "Pakteh Tok Guru" ( amicable call [of] society to the Tuan Guru Haji Omar Zuhdi) from year 1959 till close to the return the Tuan Guru Haji Omar Zuhdi return to Rahmatullah, year 1993 ( considering ana ). About 34 year he's claim the science from the Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Until [relation/link] learn with that pupil like father and child, because of duration distance between, which he's use in bailing science from Mr. Learn The Omar Zuhdi. [Among/Between] friend of he's teaching by " Pakteh [is] Tok Guru" famous [in] country Kedah [is] the Tuan Guru Haji Bakar Bin Ibrahim ( Ustaz Bakar Bongor ), Ustaz Taib Azzamuddin ( Ex- Imam of State Mosque ) and a lot of again.
He's meet the couple in the year 1959 with the its liver choice girl that is Hajjah Siti Mariam Binti of Mat Daud. They gift ten people of eye light, consisted of [by] the Siti Fauziah, Siti Sofor, Siti Fadhillah, Mohd Sayuthi, Nasibah, Hamdan Dhiauddin, Fadhuli, Mohd Azra'Ie, Mardhiah as well as last [of] Othman. In the year 1995 beliau meet the couple for the times;rill of second by Hajjah Norlia, but gift [do] not child.
From other side the he's teach [in] Musolla maisonette, he's also a lot of teaching [in] mosque which is there are in area Baling, Sik, other;dissimilar area [is] which is there are [in] country Kedah, Penang and Perak. He's also as Pengerusi Qariah for Kampong Parit Panjang as well as imam Qariah. Contribution and urgency he’s which pour typically its[his] to Kampong Parit Panjang society as well as to society Baling very big generally. He’s also which body have Ma'had Tahfiz al-Quran ( ABADA ) with leader for Tahfiz itself that is Ustaz Haji of Alias of Nasri Bin Haji Mahmud therewith expert of memberspower of Mosque Qariah Parit Panjang.
Maisonette of Ustaz Awang Lanai [in] to foundation in the year 17 August 1988 masihi at the same time 4 Muharram 1409 hijriah by the name of Madrasah Tahzib an-Nufus ( almost 21 year ). Motto and or this maisonette ground principle [is], " Base Life must Islam". As according to its name " Madrasah Tahzib an-Nufus" meaning " educative school [of] soul". This maisonette, [at] its start only as maisonette accomodate the student from maisonette Lanai ( Madrasah Misbah al-Falah ) what ground by the Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, pupil to the Tuan Guru Haji Syaikh Osman Jalaluddin of maisonette Penanti, the Tuan Guru Haji Yahaya Thaha ( Pondok Pisang ) [is] now named with the Yayasan al-Khariah, Kupang. He's also have claimed [in] Makkatul Mukarramah. The Tuan Guru Haji Omar Zuhdi [is] "Tok Guru" to the Tuan Guru Haji Abdul Wahab.
For he suggestion to the causing its[his] constructive [is] maisonette "Ustaz Awang" this. [Is] constructed above land (of) alone, adjacent [of] arterial road go to the pekan Baling ( about 24 KM from Pekan Baling ), with the pupil many a 50 only people [of] because of that insufficient at the time maisonette location space. This maisonette also also provide the maisonette for keep house for enthusiastic claim the science, because [of] like polite of Rasululullah s.a.w, meaning "claim the science since gracious nature [of] yours mother, so that you go to the cave lahad". Refer to hadith mentioned hence side oversaw to provide the special place for couple which have couple marrying which still wish to claim the theology live in this maisonette.
Holy books which is [in] teaching [by] xself by the Tuan Guru Haji Abdul Wahab [in] this maisonette [is] 1. Usuluddin ( Matan Jahrah, Asasul I'Tiqad, and a lot of again ) 2. Feqah ( Mathlai'l Badrain, Iqna', Kanzul Minaan, Fatul Wahab 3. Tasawwuf ( Bargainer [of] For Liver, Minhajul A'Bidin, Hikam, Hikam Kubra, Ihya U'lumuddin, al-Wali ) 4. Tafsir ( Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Abbas, Tafsir Nasafi ) 5. Hadith ( Riyadhus Solihin, Irsyadul 'Ibad, Dalilul Falihin, 'I'Anatut Tholibin ) 6. Nahwu ( Matan Al-Jurmiyyah, Matan Al-Fiyah, Kawakib Ad-Dhurriyyah,, Qatrunnada, Kitabul Azhari, Yasin Al-Fakihi, Muktassar ) 7. Sorof ( Matan Bina ), and also a lot of again other;dissimilar the holy books [is] which still [in] teaching to come up with today.
For the knowledge of all this visitor blog, center the this traditional education still stand up firm along with epoch change. The Tuan Guru [in] assisting with its child [is] sixth that is Ustaz Hamdan Dhiauddin, non-stopped to pour the theology for the student of maisonette as well as society [of] about. Also which partake to assist the beliau teach now [is] daugter;son in law beliau, Ustaz Husni Bin Saad and also two people Ustaz that is Ustaz Fadzli coming from Grik, Perak as well as Ustaz Ismail coming from Patani. Unrightious [of] this se oversaw maisonette [do] not take the goods of education payment [of] except payment for the residence of ( maisonette ) only [is] which need [in] payee, the payment only RM 200 to for a lifetime. The finance source ( especial fund ) this maisonette only from result donate and or contribution from society.
Among additional program apart from carrying out of and theology study, still a lot of other;dissimilar program suggested by this se oversaw maisonette like; souncil of greeting of Maulidur Rasul s.a.w, the greeting Maal Hijrah, majlis of greeting of feast day of Ramadan Victim, Day greeting ' Asyura, souncil of reading tahlil as well as tilawah al-Quran [of] [at] month;moon Ramadhan as well as discourse event which dealt only with day and or important event in Islam. For the majlis of reading of tahlil and tilawah al-Quran [of] [at] unrightious month;moon Ramadhan [of] this maisonette se oversaw there [is] make the package fee read the tahlil and tilawah al-Quran for the alms of to mother and father, you same generation, and or male and female friends already passed away. By package this also who hanker indirectly have assisted the party of se oversaw maisonette to [be] complete again source of maisonette finance in adding goodness musolla as well as for suggesting programs eminently [at] a period of/to will come the. Donation as well as candid contribution also very [in] pestle to construct the two-storey hostel for accomodating student which progressively increase. To who hanker may contact the Ustaz Hamdan Dhiauddin [in] number 019-4080444/ 04-4767350.
That's a few/little as much which ana earn the scoring out [of] [at] writing ana [of] [at] the first this time. Ana hope to who theology thirst and also mean business to wish to bail the circumstantial ilnu religion with interest principle come and learn [in] this maisonette. Because [in] Kedah ( specially [in] area Baling ) only [in] Qariah of Parit Panjang which still again exist the traditional maisonette tens of defensive year. This maisonette [is] insya Allah will remain hold out if only still permanent [of] among us society which have the honour to bail and claim the science here.
For the end this writing, ana want to say thousands of thank to friend which have the honour to navigate the blog "pondokustazawang" this. All criticism and suggestion very ana esteem so that can tidy the writing in this blog. Ana apologize to estimate there are mistake in writing in English. Because ana [do] not how much/many skilled translate [it].

Thank You. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



( BUILD UP OF ISLAM WHICH PERFECT BEGIN FROM CANDID LIVER IN CLAIMING SCIENCE AND ALSO PUT INTO PRACTICE WITHIN )
“ NEVER MAISONETTE (PONDOK) LOSE [IN] THE WORLD”

Ahad, 21 Jun 2009

ruangan agama

assalamualaikum..kepada sahabat@ pun sahabiah yang melayari laman ini, ana ucapkan ribuan jazakallahu khairan kathira..sila beri saranan dan tunjuk ajar untu memantapkan lagi ruangan ini..