Sabtu, 19 Disember 2009

KEPENTINGAN SOLAT

Manusia masih belum menyedari mengapa mereka dijadikan . Bahkan umat Islam sendiri masih terpinga-pinga tentang persoalan tersebut.Sedangkan Allah Taala telah berfirman:
maksudnya: Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.
ad-Dzariyaat:56
Solat adalah ibadah yang telah difardhukan pada malam mikraj rasulullah SAW ke langit, kira-kira 5 tahun sebelum hijrah baginda ke Madinah mengikut pendapat paling masyhur di kalangan ahli sejarah. Lambang betapa pentingnya pengertian solat ini kepada umat Islam. Sudah tentu bagi mereka yang menuneikannya akan mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah, dan bagi mereka yang meninggalkannya diberi balasan azab seksa yang pedih yang tidak terbayang oleh fikiran manusia.
Menyentuh mengenai persoalan umat Islam masa kini, ramai di kalangan kita yang meringan-ringankan solat fardhu bahkan ramai pula yang meninggalkan terus kewajipan tersebut. Maka benarlah seperti sabda Rasulullah SAW yang menyatakan umat Islam pada akhir zaman hanyalah pada namanya sahaja. Sekiranya nama mereka tidak bercirikan Islam sudah tentu kita tidak dapat membezakan antara muslim dan kafir. Tetapi itulah dia fahaman hari ini.
Bagi yang sedar , mereka perlu mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi agar tidak berlaku penyesalan di hari kemudian. Di sana terdapat beberapa uslub yang telah digariskan oleh ulama’ untuk memberi kesedaran kepada mereka yang melalaikan solat, antaranya: “ÇáÏÚæÉ ÈÇÞÏæÉ” . Yang dimaksudkan ialah para da’ie menunjukkan sifat-sifat mahmudah ketika bergaul dengan mereka, dan menunjukkan contoh tauladan yang baik agar diikuti. Tidak hanya menyuruh dan mengarah sedangkan dia sendiri tidak melakukannya. Pendakwah yang baik ialah yang dapat mencuit hati mad’u hingga tertarik dengan akhlaq dan peribadi lantas menjadikan da’ie itu sebagai teladan.
Antara cara-cara dakwah yang baik untuk mereka yang lalai menunaikan solat ialah:
1. Mengajak mereka menunaikan solat dengan cara yang baik ketika masuk waktu.Disamping itu kita sendiri solat bersamanya.
2. Kita sendiri tidak lalai dari mengerjakan solat. Dan sebagai seorang ketua contohnya,haruslah menjadi contoh teladan kepada orang bawahan lebih-lebih lagi tentang solat.
3. Selalu bergaul dengan mereka, dan selalu memfokuskan tentang solat berjemaah , kewajipan solat dan hikmahnya.
4. Menghadiahkan buku-buku agama yang berkaitan dengan ibaadat dan dakwah, serta majalah yang menuju ke arah itu . Mungkin tidak keterlaluan majalah humor yang bercirikan dakwah dijadikan pendahuluan seperti ujang dan lanun. Disamping hadiah-hadiah yang lain seperti sejadah, tasbih, kofiah, jubah dan sebagainya.
5. Membuat tazkirah ringkas sebelum bermula waktu pejabat, mengcakupi hal ehwal dunia dan akhirat. Tetapi tidaklah secara menekan ( extreme ).
6. Mengedarkan risalah-risalah ringkas kepada mereka, atau menampal poster berkenaan dengan ganjaran orang yang menunaikan solat dan balasan orang yang meninggalkannya..
7. Bagi mereka yang sudah hampir ada kesedaran, selalulah mengajak mereka ke seminar-seminar Islam, usrah dan ziarah serta kuliah-kuliah agama.
8. Hampiri keluarga mad’u anda.Kenali mereka dan latar belakang hidup mereka. Mungkin mereka langsung tidak pernah didedahkan dengan kewajipan menunaikan perintah Allah SWT.
9. Bagi da’ie, persiapkan diri agar menjadi contoh ikutan.Bekalkan dada dengan ilmu yang mencukupi.Tabahkan hati dengan kesedaran dan jangan berputus asa kerana ia bukan akhlaq sebagai seorang Muslim.Gunakan cara yang yang paling hikmah dan sebaik mungkin. Kerana kerana yang diperjuangkan itu walau sebenar mana sekalipun tetapi jika menggunakan jalan yang salah, akan dipandang salah.
At-Targhib Qabl At-Tarhib ( dorongan sebelum amaran )
At-Targhib ialah memberi khabar gembira hingga melahirkan keghairahan kepada mad’u untuk melakukannya, serta melahirkan keyakinan terhadap kebenaran yang didengarinya.
Di antara perkara At-Targhib ialah:
1) Menyebut nas-nas Al-Quran dan hadis tentang solat, seperti:
i-Firman Allah Taala:
maksudnya:beroleh kejayaanlah orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang khusu’ dalam solatnya.
(al-Mukminun:1-2)
ii-Firman Allah Taala:
maksudnya:dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat,kerana amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu , nanti kamu dapati ganjarannya di sisi Allah.
(Al-Baqarah:110)
iii-Firman Allah Taala:
maksudnya:sesungguhnya manusia itu bersifat kedekut dan kikir,mengeluh apabila kesusahan menimpanya,dan kikir apabila mendapat keuntungan,kecuali mereka yang menunaikan solat.
( Al-Ma’aarij:19-23)
iv-Sabda Rasulullah SAW:
maksudnya:apakah kamu semua melihat apabila terdapat sungai di hadapan rumah seseorang, lalu dia mandi 5 kali sehari di dalamnya, adakah masih tinggal lagi sebarang kekotoran? Maka jawab sahabat: tidak tinggal sebarang kekotoran pun. Lalu sabda Rasulullah saw:Begitulah juga solat 5 waktu, mencuci darinya dosa-dosa dan kekotoran.
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasa’I dari Abu Hurairah; dan riwayat Ibn. Majah dari thman bin Affan.
v-Sabda Rasulullah SAW:
maksudnya:Solat yang lima, dan dari solat jumaat ke jumaat yang akan datang, merupakan penghapus dosa (kaffarah) di antara solat-solat itu selagi tidak melakukan dosa-dosa besar.
-Hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan Nasa’i.
vi-Dari Abdullah bin Amr secara marfu’:
maksudnya: seorang hamba itu apabila solat, datang bersamanya dosa-dosa di atas kepalanya atau bahunya. Maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, gugurlah dosa-dosa itu daripadanya.
- Riwayat Ibn. Habban di dalam Sohehnya.
2) Menyebut Hikmah-hikmah akan kewajipan solat dari semua sudut sama ada agama, masyarakat, kesihatan dan individu itu sendiri.
i-Faedah kepada agama:
Merupakan lambang kekuatan umat Islam. Melahirkan pandangan dan kesedaran kepada Musyrikin betapa berhaknya Allah swt untuk disembah, dan tiada yang lain selainnya yang berhak disembah.Bahkan siapa lagi yang akan menyembah Allah swt dari kalangan umat manusia sekiranya umat Islam sendiri enggan menyembahnya? Sedangkan Rasulullah saw telah berdoa dengan penuh kekhusyukan dan pengharapan kepada Allah swt di hari perang Badar:
“ Ya Allah! Jika hari i ni engkau hancurkan umat yang menyembahmu, nescaya tiada lagi manusia yang menyembahmu selepas hari ini”.
-Ar-Rahiiq Al-Makhtum , Al Mubarakfuri:m/s: 216.
ii- Faedah kepada masyarakat:
Merupakan ikrar beramai-ramai terhadap akidah Islamiah, serta memperkuatkan keyakinan di dalam diri setiap individu muslim. Di samping menguatkan ikatan persaudaraan dan persefahaman sesama umatserta kesedaran akan betapa pentingnya hidup berjamaah. Solat berjemaah juga memupuk sifat bertolak ansur dan kesaksamaan tanpa mengira bangsa dan keturunan, miskin mahupun kaya. Kerana di sisi Allah swt manusia itu sama sahaja melainkan taqwa.
iii-Faedah kepada individu muslim:
Solat merupakan lambang kehambaan yang sebenar. Di dalam masa yang sama melatih muslim ke arah hidup yang bernizam( berdisiplin) dan iltizam dengannya. Begitu juga solat merupakan madrasah khuluqiyah ( sekolah pembinaan akhlaq )yang mendidik muslim bersifat amanah dan benar juga menegah dari berbuat kemungkaran.
Firman Allah swt:
Maksudnya: dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu menegah dari perbuatan keji dan mungkar.
( Al- Angkabut:45)
iv-Faedah kepada kesihatan:
Ulama mutakhirin termasuk pakar-pakar perubatan telah menemui pelbagai rahsia daripada solat.Di apengkajian mereka ialah:
a) Waktu yang paling dapat meredakan tekanan (release stress) ialah ketika sujud.
b) Gerakan di dalam solat mempercepatkan penghadaman makanan serta melancarkan perjalanan darah.
c) Kajian saraf oleh seorang pakar neurologi di Amerika Syarikat telah mendapati terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak di masuki darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara lebih normal. Setelah membuat kajian yang agak lama, barulah beliau menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf ersebut melainkan ketika sujud sahaja.Urat saraf tersebut memerlukan darah pada sukatan yang tertentu sahaja.Ketika sujud waktu solat merupakan jangka masa terbaik untuk darah memasuki urat tersebut.
Dan banyak lagi hikmat solat yang tidak tersingkap oleh kita sebagai makhluq, sedangkan apa yang kita ketahui darinya sudah terlalu cukup untuk menjadi hujjah akan betapa banyak kebaikan segala suruhan Allah swt terhadap makhluqnya.
Maka benarlah firman Allah:
Maksudnya: maka tidak diberi pengetahuan kepada kamu ( wahai manusia ) melainkan sedikit.
( Al-Isra’:85)
At-Tarhib ( amaran)
Selepas mad’u mengetahui kesalahan dan hikmat solat, barulah sesuai bagi seseorang da’ie manyampaikan amaran dari Allah swt terhadap mereka yang melalaikan solat.
Terlalu banyak nas Al-Quran dan Al-Hadis yang menyentuh persoaln ini.Bahkan di sana terdapat beberapa pendapat ulama’ berkenaan dengan hukum mereka yang meninggalkan solat.
Secara sepintas lalu ingin dinyatakan disini beberapa pendapat ulama’ beserta hujah mereka tentang hukum meninggalkan solat.
Ulama telah bersepakat ( ijma’ ) bahawa sesiapa yang mengingkari akan kewajipan solat ke atas muslim adalah KAFIR.Kerana adanya dalil yang qat’ie dari Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ tentang kewajipannya.
Adapun mereka yang sengaja meninggalkan solat kerana malas atau berniat mengingkari perintah Allah Taala, maka hukuman bagi mereka terbahagi kepada dua: dunia dan akhirat.
Pertama: Hukuman di Akhirat.
Terdapat di sana beberapa nas syara’ di antaranya:
i)Firman Allah Taala:
maksudnya:Apakah yang membawa kamu masuk ke neraka?mereka menjawab: kami tiada termasuk dari golongan orang-orang yang mengerjakan solat.
ii)Firman Allah swt:
maksudnya:Neraka Wail (celakalah) bagi mereka yang solat, iaitu mereka yang lalai dari mengerjakan solat (melengah-lengahkannya)
(Al-Maa’un:4-5).
iii)Firman Allah taala:
maksudnya:Kemudian mereka digantikan oleh satu angkatan, yang meninggalkan solat dan menurut keinginan nafsu, sebab itu mereka menemui kehinaan.
(Al-Maryam: 59)
iv)Sabda Rasulullah saw:
maksudnya: Dari Jabir bin Abdullah r.a: ?ý “Beza antara seorang seorang Islam dan seorang kafir itu ialah meninggalkan solat”
diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i , Ibn. Majah, dan Ahmad.
v)Dari Buraidah r.a , aku mendengar Rasulullah saw bersabda:”perjanjian di antara aku dengan orang yang beriman ialah solat, sesiapa yang meninggalkannya adalah kafir.
vi)Dari Usadah bin As-Samit r.a berkata: Rasulullah saw telah berwasiat kepadaku dengan 7 perkara:”Jangan kamu sekutukan Allah dengan sesuatu, walaupun kamu dipotong, atau dibakar ataupun disalib.Dan jangan kamu tinggalkan solat dengan sengaja,maka sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja telah keluar dia dari agamaDan janganlah berbuat maksiat, kerana ia dimurkai Allah, dan janganlah minum arak kerana ia ibu segala dosa”.
- Riwayat At-Thabrani dan Muhammad bin Nasir di dalam kitab solat dengan 2 sanad yang diterima(maqbul).
vii)Dari Anas bin Malik r.a berkata:Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, sesungguhnya dia telah kafir dengan nyata”
viii)Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a tentang hadis Isra’ dan Mi’raj beliau berkata: “ Kemudian baginda baginda melalui satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar,setiap kali dipecahkan ia bercantum kembali seperti sediakala. Kemudian Rasulullah SAW bertanya:”Ya Jibril! Siapakah mereka??”, maka jawab Jibril: “Mereka ialah yang memberatkan kepala mereka dengan sembahyang fardhu.”

Rahsia dan Hikmah disebalik Sujud

Hikmah sujud antara lain ialah:
1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :

1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.


2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed
uterus/fallen band womb)

3- Melegakan sakit hernia.

4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts
of the lungs )

6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN
(limpa)

7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang
lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- Meringankan bahagian PELVIS.

9- Memberi orongan untuk mudah tidur .

10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika
akan sujud dan bangun darinya.

11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan
elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan
darah yang baik (smooth blood circulation).

12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar
dari sakit buah dada.

13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ
peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari
sakit bergelombang perut convulsions).

15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan
darah dan oksigen.

16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima
pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah
penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS
DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di
hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat
dikikiskan.. insyaAllah.. "Ya Rabb kami, janganlah Engkau
jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau
beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Selasa, 1 Disember 2009

10 laluan Manusia

1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-fikirkanlah.

mengingati Mati

Kematian adalah suatu pengalaman yang wajib ditempuhi oleh setiap manusia. Ianya tidak kira dari golongan mana, agama atau martabat. Cuma kita tidak tahu bilakah ajal atau kematian akan tiba.

Dari pengalaman yang kita lihat adakalanya kematian itu datang dengan tidak disangka-sangka. Ada yang mati sewaktu tidur, ada yang mati ketika berjalan, ketika solat, ketika melakukan maksiat dan berbagai-bagai lagi bentuk kematian. Benarkah saat kita mati berlaku pada waktu kita suka melakukan pekerjaan itu? Sebagai contoh ada yang mati ketika berzina.

Sesungguhnya Allah berkuasa mematikan manusia itu dalam keadaan mengaibkan untuk menjadi pengajaran kepada manusia lain yang melihatnya. Ianya semua dalam kekuasaan zat yang maha Agung. Kita sebagai manusia hendaklah meyakini apa saja yang hidup pasti akan menemui hari kematian .

Sesuai dengan firman Allah s.w.t
"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (Ali Imran : ayat 185)

Sehubungan dengan itu, bila mengetahui kita akan mati, tidaklah bererti kita tidak perlu bekerja untuk dunia. Jangan biarkan kita menjadi manusia yang berputus-asa dengan menanti kematian tetapi jadilah orang yg cerdik dengan menjadikan kematian suatu motivasi . Bagaimana ye ?

"Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esoknya , Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya" - Kata-kata Saidina Umar Al-Khatab

Lantaran itu Rasulullah s.a.w peringatkan kita menerusi hadithnya yang bermaksud :
"Pergunakan lima peluang sebelum datang yang lima lagi.

*Manfaatkan hidupmu sebelum datang kematianmu.

*Sihatmu sebelum sakit mu,

*waktu lapang sebelum sibuk mu,

*waktu muda mu sebelum tua mu.

*waktu mampu(kaya) mu sebelum melarat(miskin) mu"


sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...




Kita selalu mendengar berita tentang kematian,saban hari, saban waktu, setiap ketika.Kita juga mendengar setiap masa ada insan-insan yang menunggu saat kematian begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.

Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari,sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi juga.

Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan ada yang kena buatan orang ? dan ada yang secara spontan..Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan seseorang ketika matinya seseorang insan.

Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang kematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki.kerana kematian akan menjenguk kita kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian kematian yang macamana kah yang kita pilih ? kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita kalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan bersama kita akhirnya.

Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita.sabda Rasulullah saw bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati dalam keadaan yang tidak baik".

Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawa kepada kebahagian dialam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglah supaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt. Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia disisi Allah ialah mati syahid.....astaghfirullah

Mencari ketenangan Jiwa

Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancung, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.


Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.
Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, musik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.
Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.
(Surah Al-An‘am: 32)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.
(Surah Al-Ruum: 21)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepadaNya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah Subahanahu wa Ta‘ala. Hal ini ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Surah Al-Zariat: 56)
Sebagai orang Islam kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Qur‘an ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.
(Surah Luqman: 6)

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.
(Surah Al-A‘raf: 51)
Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :
”Dan tentulah mereka akan berkata pula: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”.
(Surah Al-An‘am: 29)
Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempesonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang menentang kehendak hukum syarak. Apa yang lebih menyedihkan hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu. Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata.

Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang. Sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas dari itu. Hiburan bermaksud mencari ketenangan jiwa, dari itu hanya hiburan sejati yang mampu mencapai maksud tersebut.

Adab dengan al-Quran

Al Qura'an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya. Adab-adab itu sudah diatur dengan sagnat baik, untuk penghormatan dan keagungan Al Quran; tiap-tiap orang harus berpedoman kepadanya dan mengerjakannya.

Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah memperinci dengan sejelas-jelasnya bagaimana hendaknya adab-adab membaca Al Qur'an menjadi adab yang mengenal batin, dan adab yang mengenal lahir.

Adab yang mengenal batin itu, diperinci lagi menjadi arti memahami asal kalimat, cara hati membesarkan kalimat Allah, menghadirkan hati dikala membaca sampai ke tingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa. Dengan demikian, kandungan Al Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah, dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam hati sanubarinya. Kesemuanya ini adalah adab yang berhubungan dengan batin, yaitu dengan hati dan jiwa.

Sebagai contoh, Imam Al Ghazali menjelaskan, bagaimana cara hati membesarkan kalimat Allah, yaitu bagi pembaca Al Qur'an ketika ia memulainya, maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya, betapa kebesaran Allah yang mempunyai kalimat-kalimat itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahwa yang dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tetapi adalah kalam Allah Azza wa Jalla. Membesarkan kalam Allah itu, bukan saja dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga tulisan-tulisan Al Quran itu sendiri.

Sebagaimana yang diriwayatkan, 'Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al Quran berserak-serak seolah-olah tersia-sia, lalu ia memungutnya selembar demi selembar, sambil berkata:"Ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan kalam Allah berarti membesarkan Allah."

Adapun mengenai adab lahir dalam membaca Al Quran, selain didapati di dalam kitab Ihya Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lainnya. Misalnya dalam kitab Al Itqan oleh Al Imam Jalaludin As Suyuthu, tantang adab membaca Al Quran itu diperincinya sampai menjadi beberapa bagian.

Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:

1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.

2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.

3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di mesjid.

4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu' dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.

5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca ta'awwudz, yang berbunyi: a'udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang di waktu membaca Al quran, dijauhi dari gangguan. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta'awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu berbunyi sebagai berikut.

"Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, yaitu dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam surat (73) Al Muzammil ayat 4:

"....Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".

Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa, serta serta lebihmendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.

Telah berkata Ibnu Abbas r.a.:" Aku lebih suka membaca surat Al Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan cepat-cepat."

8. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, yaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan arti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya.Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut:

"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?..."

Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran arti dan maksudnya, maka dapat ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya.

Umpamanya: Bila bacaan sampai kepada ayat tasbih, maka dibacanya tasbih dan tahmid; Bila sampai pada ayat Doa dan Istighfar, lalu berdoa dan minta ampun; bila sampai pada ayat azab, lalau meminta perlindungan kepada Allah; bila sampai kepada ayat rahmat, llau meminta dan memohon rahmat dan begitu seterusnya. Caranya, boleh diucapkan dengan lisan atau cukup dalam hati saja.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai berikut: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila membaca: "sabbihissma rabbikal a'la beliau lalu membaca subhanarobbiyal a'la . Diriwayatkan pula oleh Abu Daud, dan Wa-il binHijr yang maksudnya sebagai berikut:" Aku dengan Rasulullah membaca surat Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad dholliin lalu membaca aamin . Demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah, dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.

Ayat-ayat sajadah itu terdapat pada 15 tempat yaitu:

alam surat Al-A'raaf ayat 206
dalam surat Ar-ra'd ayat 15
dalam surat An-Nahl ayat 50
dalam surat Bani Israil ayat 109
dalam surat Maryam ayat 58
dalam surat Al-Haji ayat 18 dan ayat 77
dalam surat Al Furqaan ayat 60
dalam surat Annaml ayat 26
dalam surat As-Sajdah ayat 15
dalam surat As-Shad ayat 24
dalam surat Haamim ayat 38
dalam surat An-Najm ayat 62
dalam surat Al-Insyiqaq ayat 21, dan
dalam surat Al-'Alaq ayat 19

9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan arti dan maksudnya, lebih-lebih apabila smapai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di kala membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran yang menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh orang-orang yang berdosa.

10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan islubnya Al Quran. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"

Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. menunggu-nunggu istrinya, Sitti 'Aisyah r.a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya:" Bagaimanakah keadaanmu?" Aisyah menjawab :"Aku terlambat datang, karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagimerdu suaranya. Belum pernah akumendengarkan suara sebagus itu." Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:" Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku."

Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya.

Di dalam kitab zawaidur raudhah, diterangkan bahwa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang membacanya dianggap fasiq, juga orang yang mendengarkannya turut berdosa.

11. Sedapat-dapatnya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam itu, ketika sedang membaca Al Quran. Sebab pekerjaan yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca Kitab Suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.

Itulah diantara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga dan diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Quran dapat terpelihara menurut arti yang sebenarnya.

Re: Al-Quran..adab membacanya.. (Markah: 1)
oleh puteradamanhur pada 13 Sep, 2004 - 07:53 PM
(Maklumat ahli | Hantar Mesej)
Kemaniasan setiap ibadat yang kite lakukan akan tercapai dengan menjaga adab. kehidupan kite adalah adab...percaya tak?contoh yang paling senang ialah cara kite memberi salam. biarlah dengan adab dan tertib yang betul...kalimah salam itu sangat besar pengertiannya. bila kite membari salam:assalamualaikum, maknanya kite telah meminta orang untuk menjaga kehormatan kite....sebab itu hukum menjawab salam itu wajib..... ini pula Alquran, kalam Allah yang qadim dan tiada syak baginya....bacanya adalah pahala,mendengarnya pahala,melihatnya pahala, membawanya pahala apetah lagi menjaga adabnya....mudahan kite dikalangan orang yang menjaga adab dan kemuliaan Al-Quran,insyaallah Amin!!!hayatilah atikel yg kawan kite bagitu... wassalam




Re: Al-Quran..adab membacanya.. (Markah: 1)
oleh puteradamanhur pada 23 Sep, 2004 - 07:31 PM
(Maklumat ahli | Hantar Mesej)
erm...cuma nak bagi hadis2 yg cerita pasal kelebihan Al-Quran dan membacanya...moga kite leh ambil kebaikan...:)

HADIS KELEBIHAN AL QURAN:
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain. ( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. ( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh. ( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan. ( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak

Tanda-tanda kiamat

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


Tanda tanda hari kiamat
Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis :-
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilaj kiamat akan datang."-Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanag runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Adayang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab;"Apabila telahbermaharajalela bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"- IbnuMajah
4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikanmasjid".- Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. :Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatandan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang burukdalam tetangga."-Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang- orang yang baik dan ahli agama di muka bunmi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina danburuk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.- Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika ituialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia."-Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidakmahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."-Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:"Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti telanjang."
10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."-Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar danbelumpernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimudari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu."-Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan meyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangna hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar."-Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai- sungai."-Sahih Muslim