Selasa, 1 Disember 2009

mengingati Mati

Kematian adalah suatu pengalaman yang wajib ditempuhi oleh setiap manusia. Ianya tidak kira dari golongan mana, agama atau martabat. Cuma kita tidak tahu bilakah ajal atau kematian akan tiba.

Dari pengalaman yang kita lihat adakalanya kematian itu datang dengan tidak disangka-sangka. Ada yang mati sewaktu tidur, ada yang mati ketika berjalan, ketika solat, ketika melakukan maksiat dan berbagai-bagai lagi bentuk kematian. Benarkah saat kita mati berlaku pada waktu kita suka melakukan pekerjaan itu? Sebagai contoh ada yang mati ketika berzina.

Sesungguhnya Allah berkuasa mematikan manusia itu dalam keadaan mengaibkan untuk menjadi pengajaran kepada manusia lain yang melihatnya. Ianya semua dalam kekuasaan zat yang maha Agung. Kita sebagai manusia hendaklah meyakini apa saja yang hidup pasti akan menemui hari kematian .

Sesuai dengan firman Allah s.w.t
"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (Ali Imran : ayat 185)

Sehubungan dengan itu, bila mengetahui kita akan mati, tidaklah bererti kita tidak perlu bekerja untuk dunia. Jangan biarkan kita menjadi manusia yang berputus-asa dengan menanti kematian tetapi jadilah orang yg cerdik dengan menjadikan kematian suatu motivasi . Bagaimana ye ?

"Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esoknya , Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya" - Kata-kata Saidina Umar Al-Khatab

Lantaran itu Rasulullah s.a.w peringatkan kita menerusi hadithnya yang bermaksud :
"Pergunakan lima peluang sebelum datang yang lima lagi.

*Manfaatkan hidupmu sebelum datang kematianmu.

*Sihatmu sebelum sakit mu,

*waktu lapang sebelum sibuk mu,

*waktu muda mu sebelum tua mu.

*waktu mampu(kaya) mu sebelum melarat(miskin) mu"


sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...




Kita selalu mendengar berita tentang kematian,saban hari, saban waktu, setiap ketika.Kita juga mendengar setiap masa ada insan-insan yang menunggu saat kematian begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.

Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari,sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi juga.

Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan ada yang kena buatan orang ? dan ada yang secara spontan..Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan seseorang ketika matinya seseorang insan.

Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang kematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki.kerana kematian akan menjenguk kita kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian kematian yang macamana kah yang kita pilih ? kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita kalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan bersama kita akhirnya.

Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita.sabda Rasulullah saw bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati dalam keadaan yang tidak baik".

Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawa kepada kebahagian dialam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglah supaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt. Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia disisi Allah ialah mati syahid.....astaghfirullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan